Sunday, 22 April 2018

BULAN

MEI

TAHUN

2018

 

 

 

 

 

 

 

TARIKH

NAMA PROGRAM

PENCERAMAH

TEMPAT

1 Mei 2018

Selasa

Seminar Bijak Sifir

Tahap 2

Trainer Elmuneef

Hotel Orchard Inn, Lumut

4 Mei 2018

Jumaat

Kelas Intensif UPSR

Tahun 6

Trainer Elmuneef

Ipoh

5 Mei 2018

Sabtu

Seminar Bijak Sifir

Terbuka

Trainer Elmuneef

Bilik Seminar Meru, Ipoh

6 Mei 2018

Ahad

Seminar Bijak Sifir

Tahap 2

Trainer Elmuneef

Bilik Seminar Meru, Ipoh

7 Mei 2018

Isnin

Kelas Intensif UPSR

Trainer Elmuneef

Ipoh

Wednesday, 27 December 2017

SENARAI TUTOR ELMUNEEF TERKINI

Kata Alu-Aluan Penutup Tahun 2017 PRINCIPAL TRAINER ELMUNEEF

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya maka dapat kita melabuhkan tirai program HOME BASED LEARNING edisi ke-2 ini dengan jayanya pada tahun ini. Diharapkan moga ia menjadi sebagai wadah dan sumber maklumat mengenai perkembangan kemajuan pusat pendidikan Elmuneef sepanjang tahun 2017.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Admin (bhgn Pengurusan Utama Pendidikan Elmuneef), HR (bhgn Sumber Manusia Elmuneef), para Tutor Profesional Elmuneef dan seterusnya pada para ibu bapa/pejaga, pelajar ELMUNEEF HOME TUITION serta pelajar ELMUNEEF HOME QURAN. Dengan kesungguhan dan kerjasama anda sebagai sebuah Keluarga ELMUNEEF maka kita dapat menjayakan program ini. Melalui medium ELMUNEEF HOME BASED LEARNING 2017 ini, seluruh warga ELMUNEEF khasnya dapat melihat sendiri usaha dan pencapaian yang kita lalui dan kecapi sepanjang sesi persekolahan tahun ini.

Akhir kata, anak didik ELMUNEEF perlulah sentiasa mengamalkan sikap  terbuka dan proaktif serta memiliki pelbagai kemahiran bagi membolehkan kita semua bersaing dalam dunia yang serba mencabar ini. Jadilah manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Saya mendoakan agar seluruh warga ELMUNEEF sentiasa berjaya. Diharapkan ELMUNEEF dapat mencipta nama pada tahun 2018 akan datang. 

TOWARDS HUMANIZE THE EDUCATION. WELCOME 2018. ALL THE BEST!

Sekian, terima kasih.



NOR SHAHIRA MUSA ENG. TECH.
PRINCIPAL TRAINER
ELMUNEEF HOME BASED LEARNING


Thursday, 14 December 2017

Tahniah kepada semua calon PT3 2017 atas kejayaan yang diperolehi... Syukur ke hadrat Illahi, para pelajar PT3 2017 yang mengikuti Program Elmuneef  berjaya memperolehi lulus 100%... 


Syabas dan Tahniah!!!

Thursday, 23 November 2017

TAHNIAH kepada semua Calon UPSR 2017

Assalamualaikum wbt,

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak yang menerima keputusan UPSR pada hari ini. Saya yakin, walau apa pun keputusan yang diterima, ianya adalah manifestasi usaha gigih anak-anak yang turut diiringi doa restu berterusan daripada ibu bapa serta para guru. Langkah yang bijaksana ialah sentiasa bersyukur dan pasrah dengan ketentuan Illahi.

Kepada ibu bapa dan guru-guru, teruskan memberi sokongan dan semangat tanpa jemu. Bantulah anak-anak kita untuk menentukan hala tuju peningkatan ilmu mereka selepas ini.

Justeru, saya mewakili seluruh warga Tutor ELMUNEEF sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak-anak sekalian. Selamat maju jaya kepada para pelajar UPSR 2017 atas keputusan peperiksaan yang diperolehi.

Kami doakan semoga anak-anak akan sentiasa mendapat redha Allah dalam meneruskan kembara menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi serta terus cemerlang dalam apa jua bidang yang dipilih.

Amin ya Rabb Alamin.


Principal Trainer Shahira Musa Eng. Tech.

Tuesday, 21 November 2017

Pelajar SEMSAS penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan 2017

PELAJAR SEMSAS, Muhammad Izzuddin Saiful Hisam, bersama replika cek dan hadiah sampingan selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum peringkat kebangsaan 2017.

__________________________________________________________________________________________________
Sumber : bhnews@bh.com.my
Oleh: Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Pencapaian cemerlang dalam bidang inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa memberi kelebihan kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) di sini, Muhammad Izzuddin Saiful Hisam, sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan 2017.

Tiga projek yang dihasilkannya iaitu papan simen hampas tebu, polimer daripada buangan kelapa sawit dan kertas daun nanas serta pembabitan dalam pasukan orkestra sekolah sebagai pemain seruling juga turut memberi kelebihan kepada remaja berusia 17 tahun itu.

"Saya tidak pernah membayangkan untuk meraih anugerah berkenaan kerana bukan mudah seseorang menerima anugerah tertinggi peringkat kebangsaan namun ternyata rezeki saya sudah tertulis hanya masa sahaja penentunya.

"Walaupun tidak berpeluang mengambil sendiri anugerah terbabit kerana sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun saya tetap bersyukur pengorbanan yang dicurahkan berakhir dengan kejayaan membanggakan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 9 November lalu.

Sebanyak 27 anugerah membabitkan pelbagai kategori pelajar, pasukan beruniform, guru, pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pusat kokurikulum.

Muhammad Izzuddin yang mendapat sembilan A pada peperiksaan percubaan SPM berkata, tiga projek dihasilkan pernah bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan projek kertas daripada daun nanas mendapat pingat emas dan anugerah khas pada pertandingan di Thailand awal tahun ini.

Anak ketiga daripada lima beradik itu dari FELDA Bukit Goh itu juga berkata, kejayaan itu membolehkannya menerima sijil penghargaan dan piala.

"Tahun ini adalah tahun gemilang buat diri saya apabila turut menerima Anugerah Gemilang Akademik sempena Bulan Kebajikan Negara 2017 dan saya menerima sijil penghargaan, piala dan wang tunai RM2,000.

"Diperingkat negeri pula, saya turut menerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah 2017 kategori lelaki," katanya yang bercita-cita menjadi doktor pakar.

Muhammad Izzuddin yang juga ketua pelajar lelaki dan pengawas sekolah berkata, dia berusaha mengurus waktu dengan baik bagi mengimbangi bidang akademik dan kokurikulum selain memberi tumpuan ketika guru mengajar dalam kelas.

"Pada masa terluang latihan bersama pasukan orkestra sekolah dilakukan terutama sebagai persiapan mengadakan persembahan di dalam dan luar negara, pasukan orkestra SEMSAS sebelum ini mengadakan persembahan di Singapura," katanya.

Bersusah dahulu, Bersenang kemudian


Semua yang mahu berjaya mestilah sanggup menempuh dugaan dan halangan. Jika mahu bersenang-senang kejayaan tidak akan menghampiri kita.

Setiap pelajar boleh menjadi seorang pelajar cemerlang sekiranya mendapat dorongan dari keinginan diri sendiri serta didorong oleh keluarga, rakan serta persekitaran turut membantu dalam menjadi pelajar cemerlang. Cemerlang yang diwarwarkan ini pula bukan semata-mata dari aspek akademik malah perlu jua mantap dari sahsiah diri, moral juga aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seiring dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kerja khususnya, justeru dengan adanya kemahiran tambahan inilah yang membezakan konteks kecemerlangan pelajar yang hanya cemerlang pada satu aspek berbanding cemerlang dalam segala aspek.

Kecemerlangan pelajar diperlukan demi menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang terdiri daripada para ilmuan yang serba boleh, berpandangan luas serta memiliki sahsiah yang tinggi seiring jua dengan kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum. Oleh itu, jelas dinyatakan kecemerlangan seseorang pelajar itu wajar berteraskan pada paksi diri sendiri dibantu dengan faktor-faktor luaran, penerapan didikan agama dan sahsiah diri demi mewujudkan individu, masyarakat serta rakyat yang Cemerlang Gemilang Terbilang.