Wednesday, 27 December 2017

Kata Alu-Aluan Penutup Tahun 2017 PRINCIPAL TRAINER ELMUNEEF

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya maka dapat kita melabuhkan tirai program HOME BASED LEARNING edisi ke-2 ini dengan jayanya pada tahun ini. Diharapkan moga ia menjadi sebagai wadah dan sumber maklumat mengenai perkembangan kemajuan pusat pendidikan Elmuneef sepanjang tahun 2017.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Admin (bhgn Pengurusan Utama Pendidikan Elmuneef), HR (bhgn Sumber Manusia Elmuneef), para Tutor Profesional Elmuneef dan seterusnya pada para ibu bapa/pejaga, pelajar ELMUNEEF HOME TUITION serta pelajar ELMUNEEF HOME QURAN. Dengan kesungguhan dan kerjasama anda sebagai sebuah Keluarga ELMUNEEF maka kita dapat menjayakan program ini. Melalui medium ELMUNEEF HOME BASED LEARNING 2017 ini, seluruh warga ELMUNEEF khasnya dapat melihat sendiri usaha dan pencapaian yang kita lalui dan kecapi sepanjang sesi persekolahan tahun ini.

Akhir kata, anak didik ELMUNEEF perlulah sentiasa mengamalkan sikap  terbuka dan proaktif serta memiliki pelbagai kemahiran bagi membolehkan kita semua bersaing dalam dunia yang serba mencabar ini. Jadilah manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Saya mendoakan agar seluruh warga ELMUNEEF sentiasa berjaya. Diharapkan ELMUNEEF dapat mencipta nama pada tahun 2018 akan datang. 

TOWARDS HUMANIZE THE EDUCATION. WELCOME 2018. ALL THE BEST!

Sekian, terima kasih.



NOR SHAHIRA MUSA ENG. TECH.
PRINCIPAL TRAINER
ELMUNEEF HOME BASED LEARNING


No comments:

Post a Comment