Saturday, 11 March 2017

Fi'il Madhi Berpasangan (كان قد فعل)


Fi'il madhi dalam rangkai kata seperti ini digunakan untuk menandai tindakan, kejadian atau keadaan yang telah berlaku lebih awal daripada yang lain dalam konteks yang sama. Misalnya ada dua tindakan berlaku; kedua-duanya telah lepas, tapi salah satunya berlaku lebih awal. Lihat contoh di bawah.
Ketika kami keluar ke jalan, hujan sudahpun benar-benar reda.
Di sini ada dua tindakan atau kejadian yang berlaku. Pertama kami keluar dan kedua hujan sudah reda. Hujan reda sebelum kami keluar lagi. Jadi untuk menandai kejadian yang kedua ini, iaitu 'hujan sudah reda', kita perlu gunakan fi'il madhi berpasangan كان قد فعل. Ayat bahasa Arabnya ialah :
عندما خرجنا إلى الشارع كان المطر قد خفّ تماما
Oleh: Ust. Ashafizrol Ab Hamid

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut sila rujuk buku "Binaan Ayat Bahasa Arab".


Pembelian juga boleh dibuat melalui whatsapp ke talian Hotline +6011-20955308. Khidmat penghantaran secara pos ke semenanjung, Sabah & Sarawak juga disediakan.


No comments:

Post a Comment