Dalam entri kali ini, inshaa Allah akan diceritakan bagaimana untuk membuat Jadual Belajar terutamanya bagi anak-anak yang akan mengambil peperiksaan AWAM tahun ini supaya pembelajaran boleh dilaksanakan secara teratur, konsisten dan tidak terlalu padat (di mana ramai pelajar tersalah buat akan menghadapi tekanan dan akhirnya tidak mematuhi jadual tersebut yang agak stress) mengikut rutin harian anda.
Pengalaman bagi mengendalikan anak-anak yang belajar di peringkat sekolah rendah hingga menengah sebagai (guide) Home Tutor ini, rata-ratanya tidak tahu mengendalikan Jadual Harian/ Jadual Belajar. Namun ramai pelajar juga yang sedar akan kepentingan Jadual ini dan langsung bertanyakan soalan bagaimana nak buat jadual belajar. Hal ini telah memberi ekspresi pada diri sendiri dalam membawa topik hari ini berkaitan cara-cara membuat Jadual yang simple dan mudah untuk dipatuhi.
Cara Buat Jadual Belajar:
- Lihat kemampuan anda sekarang, maksudnya pencapaian anda dalam peperiksaan bulanan atau peperiksaan awal tahun. Kaji semula apa dan di mana kelemahan anda, BUAT MATLAMAT SENDIRI.
- Subjek lemah perlu diberi tumpuan dalam jadual nanti.
- Mata pelajaran teras seperti BM, BI, Matematik, Sains perlu diberi perhatian khusus. Misalnya, Matematik sangat penting untuk syarat kemasukan Universiti dan BM & Sejarah pula merupakan subjek WAJIB lulus.
- Pastikan selepas sekolah, makan, solat dan rehat 30 minit
- Waktu petang mulai 2.45 petang hingga 5.00 ptg buat kerja sekolah, jika tiada kerja sekolah buat latihan subjek matematik, atau subjek pengiraan, atau ulangkaji matematik atau Fizik. Subjek yang perlu kiraan, formula dan latihan perlu di buat petang agar tak mudah mengantuk.
- Sebelah malam ulangkaji dan latihan menjawab soalan tahun lepas bagi subjek yang mudah/santai, seperti Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah, Agama dan sebagainya.
- Waktu main petang dalam 45 minit atau 1 jam. Ambil masa misalnya pukul 6 petang ke atas, atau waktu yang sesuai.
- Lepas solat magrib, baca Quran. Boleh amalkan Surah Yasin atau al-Waqiah, mohon doa pada Allah agar score A tahun ini. Sekurangnya baca 1 halaman Quran. Jadikan sebagai amalan.
- Lepas solat Insya baru mula belajar hingga 11.30 malam, setengah pelajar tidur awal pukul 11 malam dan bangun awal 4.30 pagi, belajar dan hafal fakta atau baca nota ulangkaji.
Itu serba sedikit panduan cara buat jadual belajar, anda boleh ubah suai dan buat secara lengkap mengikut hari dan subjek pilihan. Yang paling penting dan keutamaan harus diberikan dalam penjagaan makanan, rehat, azam yang kuat serta semangat nak score A dalam exam nanti.
JANGAN BUAT ALASAN, MASA BELAJAR ANDA BOLEH REKA SENDIRI
Kalau sekolah petang, pagi bangun awal, selepas solat subuh anda boleh mulakan belajar, seperti siap kerja sekolah, buat nota dan ulangkaji. Minima 2 jam sehari sediakan masa untuk belajar.
Professional Tutor
Ditulis semula oleh,
Shahira Musa Professional Tutor

No comments:
Post a Comment